Rabu, 13 Januari 2016

MAS: Diskaun penerbangan antarabangsa, domestik




MAS menawarkan tambang pergi balik termasuk semua murah ke London, Paris atau Istanbul pada RM2,499 di samping Sydney atau Melbourne pada RM1,450 untuk perjalanan mulai 17 Januari atau 1 Mac sehingga 30 November 2015.
   
Jualan itu yang berlangsung mulai esok hingga 24 Januari 2015 akan membolehkan pengembara merancang perjalanan mereka sepanjang tahun ini, kata Naib Presiden Kanan Serantau MAS untuk Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata, destinasi antarabangsa lain yang ditawarkan ialah tambang termasuk semua ke Shanghai (daripada RM999), Singapura (daripada RM250) dan Denpasar serta Ho Chi Minh (daripada RM450).
   
Tawaran 'Istimewa 2015' MAS itu akan bermula pada tengah malam esok, katanya, dengan menambah ia juga ditawarkan untuk kelas bisnes (daripada RM699) bagi destinasi domestik dan antarabangsa.
   
"Promosi hebat daripada serendah RM129 untuk tiket pergi balik termasuk semua bagi destinasi domestik dan RM199 (tambang pergi balik termasuk semua) bagi laluan antarabangsa untuk kelas ekonomi juga boleh diperolehi," katanya.
   
Destinasi domestik yang ditawarkan termasuk Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Baharu, Kuantan, Kota Baharu, Terengganu, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu.
   
Warga Malaysia perlu merebut peluang ini berikutan banyak hujung minggu yang panjang tahun ini untuk terbang, dengan menambah, "Malah kami juga mempunyai tawaran untuk anda jika anda ingin membuat penerbangan pada saat akhir." - Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/ 13 JANUARI 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Any comment? Komen Anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...